Tuesday, 21 July 2009

Nak Pergi Mana?

Selau juga orang bertanya aku.

Apa tujuan sebenarnya hang buat benda ini?
Kenapa korang semangat sangat ni?
Anta nak bawak dorang ni ke mana sebenarnya?

Okey, kita ulang jawapannya sekali lagi.

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".
[Yusuf, 12:108]
Sudah aku gunakan al Quran dan as Sunnah sebagai hujahku. Dengan apa lagi aku ingin berhujah selain ayat-ayat-Nya.

Aku ingin menjadi generasi rabbani.
Aku ingin mencetak generasi rabbani.

Tidak susah sebenarnya untuk berjumpa dengan orang yang berhujah mengenai Islam, tetapi masih lagi tidak menggunakan بَصِيرَةٍ .

Alahai, banyak lagi kerja yang perlu kau lakukan wahai dai.
Jangan sia-siakan masamu.

p/s Ahad lepas, di Kisas, ada orang bertanya aku soalan yang sama. Akupun menjawab dengan jawapan yang lebih kurang sama.

Popular Posts