Friday, 17 July 2009

Bagaimana Nak Approach Manusia?

Antara kemahiran terpenting yang perlu ada ialah mempengaruhi orang. Dengan kemahiran inilah anda mampu mencari dan mengumpul ramai orang untuk dijadikan kawan anda. Kali ini kita akan berkongsi cara untuk mendekati manusia sebagai satu cara untuk “menjerat” mereka untuk masuk ke dalam tarbiyah.

Rasanya dah terlalu ramai sangat orang yang ada kemahiran ini, bahkan mungkin lebih hebat daripada aku. Tapi, alangkah baiknya jika semua orang yang ada skill ini dapat gunakannya untuk meramaikan lagi manusia yang mengenali tarbiyyah ini.

• Beri salam kepada sesiapa sahaja yang anda jumpa. Tunjukkan muka yang manis. Sedikit sebanyak akan memudahkan orang mengingati diri anda.
• Jangan segan untuk memulakan perbualan. Cari orang baru untuk anda bersembang. Target orang, kemudian terus duduk / diri dekat dengannya. Sembanglah apa-apa tajuk terutamanya untuk mengenali diri dia.
• Tetapkan masa untuk anda mengadakan sesuatu perjumpaan / taklim agar anda dapat memberitahu dia tentang majlis tazkirah yang anda ingin adakan. Dah boleh jemput dia dan kawan-kawan dia untuk datang.
• Alang-alang dah kenal dengan dia, cuba kenal jugak dengan orang yang ada di sebelah dia. Jangkit-jangkitkan perkenalan anda kepada orang lain.
• Skill ini sebenarnya langsung tidak perlukan “public speaking skill”. Bersembang seperti biasa anda bersembang
• Skill redah pun mesti ada. Apa yang anda fikirkan, belasah je. Yang penting, jangan takut, segan atau rendah diri untuk mencuba.

Orang yang tidak pernah gagal ialah orang yang tidak pernah mencuba. Orang yang berjaya ialah orang yang apabila dia gagal, dia tidak terus berputus asa.

p/s
Title senior sebenarnya lagi memudahkan proses approach ini. Sangat rugi bagi siapa-siapa yang tidak dapat memanfaatkannya.
Yang ini baru skill approach. Dah berjaya, kena bijak membawa dan membina pulak.

Doakan kita sama-sama berjaya. =)

Popular Posts