Tuesday, 9 June 2009

Bina Betul-betul

Memikirkan tentang langkah untuk menjadikan Islam sebagai pengaman dunia sepertimana ditulis oleh Imam as Syahid dalam himpunan risalahnya, Majmuatu ar Rasail, nampak seolah-olah kerja ini terlalu senang, hanya tujuh langkah, sekejap sahaja boleh tercapai. Siapa yang tak suka suasana persekitaran jadi aman bahagia. Namun realitinya, amat pedih dan memayahkan.

• Memperbaiki diri sendiri
• Pembinaan keluarga muslim.
• Membimbing masyarakat
• Membebaskan tanahair
• Memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam
• memerdekakan semua tanahair umat Islam
• Menjadi tonggak dunia

Untuk lepas tahap pertama pun sudah menjadi suatu yang sangat payah, inikan pula nak mewujudkan suasana Islam di suatu dunia. Ya, bukan senang nak baiki diri sendiri, dan bukan senang juga untuk membaiki orang lain.Datangnya sistem tarbiyyah secara halaqah nampak memudahkan langkah-langkah ini, tetapi masih belum cukup mudah. Buktinya, boleh dilihat wujudnya golongan yang walaupun dah mengikuti sistem halaqah, tapi masih lagi xberjiwa tarbiyyah dalam hidupnya.


Sedangkan kewajipan sebagai seorang muslim masih lagi belum tertunai, inikan pula tanggungjawab sebagai seorang al akh. Sebab itu janganlah kita terlalu seronok bersangka bahawa kita ini generasi rabbani atau generasi yang mendapat nikmat tarbiyyah hanya kerana kita mengikuti usrah sekian sekian, halaqah dengan sekian sekian, Keterlibatan dalam halaqah hanya langkah pertama, masih banyak dan panjang lagi baki langkah-langkah yang ada.

Bina betul-betul.
Apa yang perlu dibina?
Dah tentulah manusia.
Macam mana nak dibina?
Sistem tarbiyyah dan halaqah.

Seorang murabbi / naqib perlu memantau anak halaqah mereka bersungguh-sungguh, bukan main sentuh ala kadar sahaja. Hanya berhalaqah apabila hati senang dan apabila dah tiada apa yang ingin dibuat atau mungkin rutin mingguan yang sudah ditetapkan. Walau bagaimanapun, seorang murabbi yang sukses, dia tahu bahawa dia tidak boleh memandang ringan pertemuan mingguan dengan mutarabbinya. Banyak persiapan dan isi penting yang perlu disampaikan. Tugas ini tugas yang sangat mencabar, memerlukan dirinya serius dan berobjektif untuk mencapai matlamat.

Membina manusia bukan seperti menjaga lembu kambing. Membina manusia memerlukan kita meneliti sisi sisi kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri mutarabbi kita. Memerlukan kita mencari sisi kelemahan mereka untuk memberikan rawatan dan menilai kekuatan mereka untuk diperhebatkan lagi. Memerlukan masa untuk berfikir dengan mendalam sifat dan perwatakan mereka.

Kerana itulah, seseorang naqib perlu memanfaatkan masa halaqahnya semaksimum mungkin untuk memantapkan binaannya semantap-mantapnya. Binaan yang dijaga, perlulah mematuhi piawai yang ditetapkan. Kalimat bunyanun marsus dalam surah as Saff, perlu dicari dan diteliti definisi selengkapnya agar binaan kita, dalam masa yang tepat, sudah menjadi seolah-olah batu-bata yang kukuh untuk menjadi sebahagian daripada bangunan.
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.
[as Saff, 61, 4]
Contoh piawaian yang perlu.
• Kefahaman
• Keikhlasan
• Kemampuan utk Beramal
• Kesungguhan
• Sanggup berkorban
• Ketaatan
• Teguh pendirian
• Ketegasan
• Persaudaraan
• Tsiqah, percaya

Mudah-mudahan kita menjadi seorang murabbi yang bukan sekadar mempunyai mutarabbi, tetapi mampu mengubah / membaiki / menguatkan mutarabbi kita agar mereka menjadi jundi dakwah yang berjaya.

Terus membina dan dibina.

Popular Posts